Wanita warga emas maut digilis bas

Foto JBPM

SIBU, 24 November – Seorang wanita berusia 64 tahun maut selepas digilis sebuah bas di Pasar Sibu Sentral, Sibu, Sarawak pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.38 pagi.
  • Mangsa ditemukan tersepit di bawah bas sebelum dikeluarkan menggunakan peralatan khas.
  • Operasi melibatkan tujuh anggota bomba dan ditamatkan selepas lokasi disahkan selamat; mayat diserahkan kepada polis.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa yang dikenal pasti sebagai Bayo anak Ramba disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.38 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral tiba di lokasi dua minit kemudian.

“Mangsa ditemukan tersepit di bawah bas sebelum anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkannya,” menurut kenyataan itu.

Operasi yang melibatkan tujuh anggota bomba itu turut mendapat bantuan polis, KKM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Operasi ditamatkan pada pukul 10.25 pagi selepas keadaan di lokasi disahkan selamat.

Manakala jasad mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.