Syria musnahkan 400 juta pil captagon

Sempadan Syria/Foto Fail AFP

DAMSYIK, 22 November – Pihak berkuasa Syria pada Ahad memusnahkan sejumlah besar bahan dadah terlarang termasuk 400 juta biji pil captagon yang dirampas oleh pasukan keselamatan menerusi beberapa siri operasi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pihak berkuasa memusnahkan sejumlah besar bahan narkotik dan psikotropik hasil rampasan dalam beberapa operasi.
  • Antara yang dimusnahkan: 12.2 tan ganja mampat, 2.3 tan pokok kanabis, 6 kg heroin, 5.4 juta pil narkotik lain.
  • Peralatan, kelengkapan penyeludupan, pemprosesan dan bahan kimia juga dimusnahkan.
  • Sejak Jun, 1,550 operasi dijalankan, 90 rangkaian penyeludupan dilumpuhkan dan 17 kilang pemprosesan ditutup.

“Sejumlah besar bahan narkotik dan psikotropik yang dirampas dalam pelbagai operasi keselamatan dimusnahkan secara berperingkat,” menurut kenyataan jabatan penguatkuasaan dadah.

“Antaranya termasuk 400 juta biji pil captagon, 12.2 tan ganja mampat, 2.3 tan pokok kanabis, enam kilogram heroin serta 5.4 juta biji pil narkotik lain.

“Peralatan dan kelengkapan yang digunakan untuk penyeludupan, penyembunyian, pengangkutan dan pemprosesan termasuk bahan kimia turut dimusnahkan dalam operasi berkenaan,” jelas kenyataan.

Pil perangsang sintetik captagon sebelum ini menjadi eksport terbesar Syria sejak perang saudara meletus pada tahun 2011 berleluasa di rantau Asia Barat.

Pada Jun lalu, Ketua Jabatan Penguatkuasaan Dadah Khaled Eid memaklumkan pihak berkuasa melaksanakan 1,550 operasi membanteras cubaan penyeludupan dadah.

“Sebanyak 90 rangkaian penyeludupan antarabangsa dilumpuhkan, menutup 17 kilang pemprosesan captagon, merampas 697 juta pil captagon dan 15 tan ganja mampat sepanjang operasi tersebut,” tambahnya.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.