
KHARTOUM, 22 November – Serangan dron membedil kawasan kediaman di sini pada awal pagi Ahad hingga memusnahkan beberapa buah rumah.
- Pihak berkuasa belum mengeluarkan laporan segera mengenai jumlah sebenar korban.
- Saksi melaporkan letupan bermula sekitar 2 pagi hingga 4.30 pagi di beberapa bahagian bandar.
- Perang sejak April 2023 antara RSF dan tentera Sudan mengorbankan lebih 200,000, mencetuskan kebuluran dan pemindahan besar-besaran.
Pihak berkuasa bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang laporan segera mengenai jumlah sebenar angka korban.
Menurut saksi, letupan mula kedengaran sekitar pukul 2 pagi dan berlarutan hingga 4.30 pagi waktu tempatan di beberapa bahagian berlainan di bandar raya berkenaan.
Peperangan yang berlarutan sejak April 2023 antara pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) dan tentera Sudan telah mengorbankan lebih 200,000 nyawa, sekali gus mencetuskan krisis kebuluran dan pemindahan penduduk terbesar di dunia.
Beberapa hari lalu, serangan dron tentera Sudan turut mengorbankan 15 orang termasuk empat kanak-kanak di sebuah kampung di Kordofan Barat, ketika pasukan tentera itu giat mara merampas semula wilayah daripada cengkaman RSF.- AFP