
NEWCASTLE, 22 November- Kekecewaan pemain Arsenal memenangi perlawanan ketika bertemu Newcastle United, amat dirasai.
- Arteta sahkan kekecewaan pemain selepas gagal menambah kelebihan dan menyatakan itu menunjukkan tahap standard yang perlu dikekalkan.
- Arsenal unggul 1-0 melalui Eze, kemudian Barnes dan Malick Thiaw menjaringkan gol, Noni Madueke selamatkan seri 2-2.
- Kecederaan bahu David Raya mengkhuatirkan; dia dikeluarkan, akan jalani pemeriksaan dan mungkin imbasan MRI.
Perkara itu diakui jurulatih The Gunners, Mikel Arteta.
Terdahulu, Arsenal yang kini mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) terlepas peluang untuk meneruskan rentetan enam perlawanan liga.
Ia berikutan pasukan itu melepaskan dua gol yang tidak sepatutnya ketika memasuki aksi separuh masa kedua.
Jaringan Eberechi Eze pada minit ke-33 hanya menjadi satu kelebihan pada separuh masa pertama, ketika skuad kendalian Arteta kelihatan mendominasi perlawanan.
Gol milik Harvey Barnes dan Malick Thiaw kemudinnya meletakkan Arsenal dalam situasi hampir kalah, sebelum Noni Madueke menyelamatkan situasi dengan gol penyamaan untuk menamatkan keputusan 2-2.
Arsenal kini mendahului Brighton dengan kelebihan enam mata.
Bagaimanapun, Brighton berpeluang merapatkan jurang kepada tiga mata sekiranya menewaskan Hull City, malam ini sebelum pertembungan menentang Manchester City di Stadium Emirates pada awal pagi Isnin depan.
“Kami sudah berada berada di sini selama enam atau tujuh tahun sejak saya mengambil alih. Ini merupakan persembahan terbaik kami, sebelum ini, kami juga beberapa kali mencatat kemenangan.
“Hari ini, kami sepatutnya memperoleh kelebihan yang jauh lebih besar, tetapi ia tidak berlaku. Itulah kekecewaan yang dirasai kami semua.
“Bukan saya seorang sahaja, malah pemain turut merasai perkara sama. Saya dapat melihat kekecewaan itu dengan segera dan itulah tahap standard yang perlu kami kekalkan,” kata Arteta.
Lebih membimbangkan, kecederaan bahu yang dialami penjaga gol Arsenal, David Raya.
Penjaga gol antarabangsa Sepanyol itu terpaksa dikeluarkan selepas Newcastle menjaringkan gol kedua.
Ketiadaannya untuk tempoh panjang akan menjadi tamparan besar buat Arsenal.
“Malangnya, dia terpaksa dikeluarkan. Ia bukan berita baik.
“Raya akan menjalani pemeriksaan dan berkemungkinan menjalani imbasan MRI untuk mengetahui keadaan sebenar kecederaan. Buat masa ini saya masih belum tahu,” kata Arteta. -AFP