10 agenda utama Risalah Idea Malaysia dibawa ke Jemaah Menteri

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 19 November – Sebanyak 10 agenda utama yang dihimpunkan menerusi Risalah Idea Malaysia 2026 akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan tindakan lanjut, susulan penganjuran Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif untuk memastikan idea dan gagasan festival diterjemahkan kepada usaha pembangunan negara.
  • Masa depan negara harus ditentukan oleh kekuatan ilmu dan pemikiran rakyat, bukan hanya KDNK.
  • Datuk Seri Dr Zambry berharap FOI diteruskan sebagai program tahunan bagi memperkukuh budaya percambahan idea.
  • Festival tiga hari di PICC menghimpunkan ahli akademik, mahasiswa, pemain industri serta pembuat dasar untuk dialog dan kolaborasi.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, inisiatif itu bertujuan memastikan idea dan gagasan yang dicetuskan sepanjang festival berkenaan dapat diterjemahkan kepada usaha pembangunan negara.

Beliau berkata, masa depan negara tidak seharusnya ditentukan berdasarkan pencapaian ekonomi atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semata-mata, sebaliknya turut bergantung kepada kekuatan ilmu dan pemikiran rakyat.

“GDP mungkin boleh diukur adik-adik sekalian, diukur dari segi ekonominya, bacaan data-datanya. Tetapi yang menentukan pembangunan kepada sesebuah negara itu sebenarnya apa? Ini. Idea ini.” Beliau berkata demikian ketika merasmikan perasmian penutup Festival Idea Putrajaya 2026 di sini, hari ini.

FOI 2026 merekodkan sebanyak 654 idea diterima dengan keseluruhan 1,477,311 undian, manakala idea paling mendapat undian di platform Wall of Ideas memperoleh 308,483 undian.

Datuk Seri Dr Zambry turut berharap FOI diteruskan sebagai program tahunan bagi memastikan budaya percambahan idea dan perkongsian ilmu dapat diperkukuh secara berterusan.

Festival tiga hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu merupakan edisi ketiga penganjurannya, menghimpunkan ahli akademik, mahasiswa, pemain industri serta pembuat dasar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.