29 sesi libat urus bagi pindaan Akta 634

Foto FB Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 19 November – Sebanyak 29 sesi libat urus dalam empat fasa telah dilaksanakan sejak 2016 bagi mendapatkan pandangan pelbagai pihak berhubung cadangan pindaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 (Akta 634).

RINGKASAN BERITA AI
  • Libat urus melibatkan agensi kerajaan, NGO, akademik dan pemain industri termasuk pihak berkepentingan Sabah dan Sarawak.
  • Pindaan bertujuan mengimbangi hak semua pihak serta memastikan tidak menghakis hak petani dan amalan tradisional mereka.
  • Kementerian laksanakan Penilaian Impak Peraturan, pastikan pindaan tidak mengatasi akta lain, dan jadikan Malaysia rujukan serantau.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, inisiatif melalui Jabatan Pertanian itu melibatkan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan pemain industri termasuk pihak berkepentingan di Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, proses libat urus berkenaan bertujuan memastikan cadangan pindaan akta itu dapat mengimbangi hak serta kepentingan semua pihak berkaitan.

“Sesi libat urus akan terus dilaksanakan bagi memastikan kesemua pihak berkepentingan diberi penerangan yang telus dan dapat memahami tujuan pindaan Akta 634 ini lain.

Kementerian komited untuk memastikan pindaan tersebut tidak menghakis sebarang hak petani serta terus memelihara amalan tradisional mereka,” katanya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd Misbahul Munir Masduki di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, kementerian turut melaksanakan proses Penilaian Impak Peraturan (RIA) bagi meneliti kesan cadangan pindaan berkenaan.

Datuk Seri Mohamad Sabu turut menegaskan, kementerian akan memastikan pindaan itu tidak mengatasi pemakaian mana-mana akta di bawah seliaan kementerian lain.

Menurutnya, matlamat kerajaan bukan sekadar memperkukuh sistem perlindungan varieti tumbuhan negara, malah menjadikan Malaysia sebagai rujukan serantau khususnya dalam pembangunan dan perlindungan varieti tanaman tropika.

Usaha itu diharap dapat memberi manfaat kepada keseluruhan rantaian nilai pertanian negara termasuk pembiak baka dan pengeluar benih.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.