145,648 penjawat awam Persekutuan di Johor terima insentif khas RM500

Datuk Onn Hafiz Ghazi membentangkan Belanjawan Johor 2027 bertemakan ‘Johor Maju, Rakyat Sejahtera’/Foto BERNAMA

ISKANDAR PUTERI, 19 November – Seramai 145,648 penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Johor bakal menerima insentif khas RM500 seorang, melibatkan peruntukan berjumlah RM72.82 juta.

RINGKASAN BERITA AI
  • Insentif khas kepada penjawat awam Persekutuan di Johor disalurkan secara berfasa: RM300 Disember dan RM200 Februari.
  • Pengumuman dibuat semasa pembentangan Belanjawan Johor 2027 bertema 'Johor Maju, Rakyat Sejahtera'.
  • Penjawat awam negeri akan menerima insentif khas bersamaan dua setengah bulan gaji.
  • Kerajaan negeri menzahirkan penghargaan dan pengiktirafan atas khidmat bakti penjawat awam.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pemberian insentif khas itu akan disampaikan secara berfasa iaitu RM300 pada Disember ini dan bakinya RM200 pada Februari tahun hadapan.

“Sebagai tanda kasih dan penghargaan kepada penjawat awam yang selari dengan pendekatan menyeluruh yang diterapkan kerajaan negeri, saya menzahirkan penghargaan kepada lebih 145,000 penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di Johor,” katanya.

Beliau menyatakannya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2027 bertemakan ‘Johor Maju, Rakyat Sejahtera’ pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini.

Beliau berkata penjawat awam negeri pula bakal menerima insentif khas sebanyak dua bulan setengah gaji sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti mereka kepada pentadbiran dan pembangunan negeri.

“Khidmat bakti yang dicurahkan oleh seluruh penjawat awam negeri wajar diberikan pengiktirafan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.