Harga RON97 turun 20 sen, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 15 sen

Foto Fail BERNAMA

PUTRAJAYA, 18 November – Harga runcit petrol RON97 turun 20 sen kepada RM4.00 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi turun 15 sen kepada RM3.72 seliter dan diesel tanpa subsidi turut turun 15 sen kepada RM4.72 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 November 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penurunan ditetapkan mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM) susulan penyusutan harga produk petroleum bertapis serantau dan penyederhanaan harga minyak mentah dunia.
  • Ketidaktentuan geopolitik, risiko gangguan penghantaran dan kekangan bekalan dijangka terus mempengaruhi pergerakan harga bahan api.
  • Harga RON95 di bawah BUDI95 dikekalkan pada RM1.99 seliter, diesel BUDI Diesel dikekalkan pada RM2.10 seliter bagi penerima layak.
  • Kerajaan menanggung subsidi RON95 RM1.73 seliter (47%), diesel RM2.62 seliter (56%); SKPS dan SKDS dikekalkan pada RM2.05 dan RM2.15.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penurunan itu ditetapkan berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), susulan penyusutan harga produk petroleum bertapis di pasaran serantau seiring dengan penyederhanaan harga minyak mentah dunia.

Bagaimanapun, ketidaktentuan geopolitik, risiko gangguan penghantaran petroleum serta kekangan bekalan produk bertapis dijangka terus mempengaruhi pergerakan harga bahan api dalam tempoh terdekat.

“Sementara itu, harga petrol RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter, manakala diesel menerusi BUDI Diesel dikekalkan pada RM2.10 seliter bagi penerima yang layak,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan sama turut memaklumkan, kerajaan menanggung subsidi RM1.73 bagi setiap liter RON95 di bawah BUDI95, bersamaan 47 peratus daripada harga tanpa subsidi, manakala subsidi diesel berjumlah RM2.62 seliter atau 56 peratus.

Harga bahan api menerusi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) turut dikekalkan masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.