
MANILA, 18 November- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ASEAN dan India memperkukuh kerjasama dalam keselamatan siber serta usaha membanteras penipuan rentas sempadan bagi membina ekosistem digital yang selamat dan dipercayai.
- Perkongsian risikan lebih erat, pembinaan kapasiti dan penyelarasan kawal selia untuk mewujudkan ekosistem digital selamat, berdaya tahan dan dipercayai.
- Kenyataan Malaysia dibacakan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi pihak Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak ASEAN-India.
- Anwar menggariskan empat keutamaan: kesalinghubungan digital, kerjasama maritim, daya tahan ekonomi dan pengurusan bencana.
Beliau berkata perkongsian risikan lebih erat, pembinaan kapasiti serta penyelarasan kawal selia mampu membantu mewujudkan ekosistem digital yang lebih selamat, berdaya tahan dan dipercayai.
“Perkongsian risikan yang lebih erat, pembinaan kapasiti dan penyelarasan kawal selia akan membantu memupuk ekosistem digital yang selamat, berdaya tahan dan dipercayai,” katanya.
Kenyataan negara Malaysia itu dibacakan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, bagi pihak Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-23 di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar menggariskan empat keutamaan kerjasama ASEAN-India, merangkumi kesalinghubungan digital, kerjasama maritim, daya tahan ekonomi dan pengurusan bencana.
Keutamaan itu diketengahkan ketika kedua-dua pihak meneruskan pelaksanaan Pelan Tindakan ASEAN-India 2026-2030.