Trump puji kerjasama PM Anwar, iktiraf perjanjian Malaysia-AS

Donald Trump berucap pada majlis makan malam rasmi sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 di Manila, Filipina, pada 17 November 2026/ AFP

MANILA, 18 November- Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memuji kerjasama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjayakan Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand, tahun lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump memuji kerjasama Perdana Menteri Anwar menjayakan Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand tahun lalu.
  • Perjanjian bersejarah itu membawa kepada gencatan senjata antara kedua-dua negara.
  • Trump berkata perjanjian berjaya menyelamatkan ribuan nyawa atau mungkin lebih ramai lagi.
  • Washington komited mempertahankan gencatan senjata dan memastikan pelaksanaan penuh perjanjian seperti dipersetujui.

Trump berkata kerjasama dengan Datuk Seri Anwar pada Sidang Kemuncak ASEAN tahun lalu berjaya menghasilkan perjanjian bersejarah yang membawa kepada gencatan senjata antara kedua-dua negara.

“Pada mesyuarat (Sidang Kemuncak) ASEAN tahun lalu di Malaysia, (Datuk Seri) Anwar dan saya menjadi perantara kepada satu perjanjian damai bersejarah antara Kemboja dan Thailand, yang dikenali sebagai Perjanjian Damai Kuala Lumpur.

“Kami berjaya menyelamatkan ribuan nyawa atau mungkin lebih ramai lagi,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak ASEAN di sini, pada Selasa.

Trump turut menegaskan komitmen Washington untuk mempertahankan gencatan senjata serta memastikan pelaksanaan penuh perjanjian berkenaan seperti yang dipersetujui setahun lalu.

Beliau berkata Washington turut memeterai pelbagai perjanjian penting dengan negara di rantau ini merangkumi sektor tenaga, mineral kritikal dan teknologi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.