Pasukan kerajaan Yaman berundur dari Bab Al- Mandab

Foto Viory

SANAA, 16 November – Pasukan kerajaan Yaman yang disokong Arab Saudi dilaporkan berundur dari Lapangan Terbang Dhubab dan kawasan Selat Bab al-Mandab susulan pertempuran dengan kumpulan Houthi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penasihat media Presiden kata langkah ketenteraan terancang bertujuan memperkukuh pertahanan Aden, Lahj dan bantu tamatkan kepungan Houthi di Taiz.
  • Jurucakap Houthi dakwa pesawat Arab Saudi lancarkan 72 serangan udara di empat wilayah dalam 24 jam; dakwaan belum disahkan.
  • Penilaian keselamatan maritim lapor purata 23 kapal dagang sehari (8–11 Nov), turun dari kira-kira 32; tahap ancaman dikekalkan sebagai ketara.

Penasihat media Presiden Kerajaan Yaman, Jaber Mohammed menyifatkan pengunduran itu sebagai langkah ketenteraan terancang bagi memperkukuh pertahanan di sekitar Aden dan Lahj serta membantu menamatkan kepungan Houthi di Taiz.

Pengunduran itu berlaku selepas kumpulan Houthi menguasai beberapa kawasan di sepanjang pantai Laut Merah pada September lalu.

Dalam perkembangan berasingan, jurucakap Houthi, Yahya Saree pada Sabtu mendakwa pesawat Arab Saudi melancarkan 72 serangan udara di empat wilayah Yaman dalam tempoh 24 jam.

Bagaimanapun, dakwaan itu belum dapat disahkan.

Sementara itu, penilaian keselamatan maritim yang diterbitkan Khamis lalu melaporkan purata 23 kapal dagang sehari melalui Selat Bab al-Mandab antara 8 hingga 11 November, berbanding kira-kira 32 kapal pada minggu sebelumnya.

Penilaian keselamatan maritim itu turut mengekalkan tahap ancaman di selat berkenaan pada kategori ketara. – Viory.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.