Perak rekod taburan hujan harian tertinggi

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 16 November – Perak merekodkan taburan hujan harian tertinggi dengan Stesen Meteorologi Utama Ipoh mencatatkan jumlah 69.8 milimeter (mm) semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Stesen Meteorologi Utama Kuala Terengganu mencatat taburan hujan 67.8 mm, antara bacaan tertinggi negara.
  • Stesen Meteorologi Utama Sitiawan, Perak merekodkan hujan 53.8 mm semalam.
  • Mulu, Sarawak merekodkan suhu maksimum harian tertinggi negara pada 35.3 darjah Celsius.
  • MET Malaysia menasihatkan orang ramai peka perubahan cuaca dan rujuk laman web serta media sosial rasmi untuk maklumat terkini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), bacaan itu diikuti Stesen Meteorologi Utama Kuala Terengganu, Terengganu sebanyak 67.8 mm dan Stesen Meteorologi Utama Sitiawan, Perak sebanyak 53.8 mm.

Sementara itu, Stesen Meteorologi Utama Mulu, Sarawak mencatatkan suhu maksimum harian tertinggi negara iaitu 35.3 darjah Celsius.

Bacaan itu diikuti Stesen Meteorologi Utama Limbang, Sarawak dan Stesen Meteorologi Utama Keningau, Sabah masing-masing mencatatkan 34.5 darjah Celsius, manakala Kapit, Sarawak merekodkan 33.8 darjah Celsius.

MET Malaysia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka terhadap perubahan cuaca dan merancang aktiviti harian dengan mendapatkan maklumat terkini menerusi laman sesawang serta saluran media sosial rasmi jabatan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.