
BANDA HILIR, 15 November – Sebuah premis di bangunan merah, Banda Hilir, Melaka terbakar, petang tadi.
- Kebakaran melibatkan kira-kira 70 peratus premis; tiada mangsa dilaporkan.
- Bomba terima panggilan pada pukul 6.27 petang dan tiba kira-kira empat minit kemudian.
- Operasi pemadaman guna tiga aliran air dengan tiga pancutan; tujuh anggota MBMB dibantu Padang Temu.
- Bangunan berkenaan antara mercu tanda bersejarah; operasi masih dilaksanakan dan punca serta kerugian disiasat.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, kebakaran melibatkan kira-kira 70 peratus premis, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.
“Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.27 petang dan tiba di lokasi kira-kira empat minit kemudian.
“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati kebakaran melibatkan sebuah premis kedai dua tingkat.
“Tiga aliran air dengan tiga pancutan digunakan dalam operasi pemadaman bagi mengawal api daripada merebak.
“Seramai tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Padang Temu terlibat dalam operasi,” menurut kenyataan itu.
Bangunan berkenaan merupakan antara bangunan bersejarah yang menjadi mercu tanda utama di kawasan Banda Hilir.
Sehingga pukul 10.45 malam tadi operasi pemadaman masih dijalankan.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.