Dua warga Bangladesh direman bantu siasatan pemalsuan pas lawatan kerja

Syamsul Fitry Ahmad

SEBERNAG JAYA, 13 November – Dua warga Bangladesh direman selama 14 hari bagi membantu siasatan kes pemalsuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang dipercayai dilakukan untuk mengaut keuntungan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek ditahan menerusi Op Serkap di sebuah premis kediaman di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan.
  • Pemeriksaan menemui cetakan e-Pas menggunakan butiran individu lain serta beberapa cetakan yang diubah suai.
  • Premis dipercayai dijadikan tempat mencetak dokumen dan mengubah maklumat warga asing untuk mendapatkan pas lawatan kerja secara tidak sah.
  • Agensi merampas mesin pencetak, sebuah komputer riba dan sebuah pasport Pakistan; siasatan diteruskan bagi mengenal pasti mangsa sindiket.

Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Syamsul Fitry Ahmad berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan menerusi Op Serkap yang dijalankan kira-kira pukul 10 malam pada Khamis di sebuah premis kediaman di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan (SPS).

“Dalam operasi itu, pihak imigresen berjaya menahan dua lelaki warga Bangladesh berusia 23 dan 32 tahun yang dipercayai terbabit secara langsung dalam sindiket pemalsuan pas imigresen.

“Pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan turut menemukan cetakan e-Pas menggunakan butiran individu lain yang dimiliki salah seorang suspek, selain beberapa keping cetakan e-Pas yang telah diubah suai dan bukan miliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Pulau Pinang di sini.

Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan dipercayai dijadikan tempat untuk mencetak dokumen serta mengubah suai maklumat warga asing bagi tujuan mendapatkan PLKS secara tidak sah.

Pihak JIM Pulau Pinang masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti jumlah warga asing yang dipercayai telah memohon atau mendapatkan PLKS menerusi sindiket berkenaan untuk tujuan pekerjaan.

Dalam operasi itu, pihak Imigresen turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pemalsuan dokumen, termasuk mesin pencetak, sebuah komputer riba dan pasport milik warga Pakistan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.