
COLOMBO, 11 November – Sri Lanka menjalankan ujian rasmi pertama dron penumpang berkuasa elektrik di Colombo Port City pada Rabu.
- Meneroka potensi eVTOL untuk pengangkutan penumpang dan sektor pelancongan.
- Menteri Pelabuhan dan Penerbangan Awam turut menaiki dron tersebut semasa demonstrasi.
- Dron dikendalikan dari jauh melalui pusat kawalan berpusat, dengan langkah keselamatan automatik untuk kecemasan atau kegagalan komunikasi.
- Ujian awal dijangka berlangsung kira-kira enam bulan sebelum mempertimbangkan operasi komersial, fokus pada pelancongan, kecemasan dan logistik.
Menurut laporan Xinhua, ujian berkenaan bagi meneroka potensi penggunaan pesawat elektrik berlepas dan mendarat secara menegak (eVTOL) untuk pengangkutan penumpang dan pelancongan.
Menteri Pelabuhan dan Penerbangan Awam Sri Lanka Anura Karunathilaka, turut menaiki dron berkenaan.
Pesawat itu dikendalikan dari jauh menerusi sebuah pusat kawalan berpusat.
Ia juga direka untuk melaksanakan langkah keselamatan secara automatik sekiranya berlaku kecemasan atau kegagalan komunikasi.
Inisiatif yang dicadangkan itu akan dilaksanakan pada peringkat awal secara percubaan, dengan ujian dijangka diteruskan di Colombo Port City selama kira-kira enam bulan sebelum sebarang kemungkinan operasi komersial dimulakan.
Demonstrasi itu susulan perbincangan antara beberapa jabatan di Sri Lanka yang meneliti potensi penggunaan teknologi dron penumpang dalam sektor pelancongan, pengangkutan penumpang, perkhidmatan kecemasan dan logistik.
Ini termasuk perkhidmatan pengangkutan udara yang menghubungkan destinasi pelancongan seperti Sigiriya dan Pidurangala, serta beberapa pulau berhampiran.- BERNAMA-XINHUA