Projek naik taraf Lebuhraya Pasir Gudang Fasa 2B siap 24 November

Projek menaik taraf Lebuhraya Pasir Gudang (FT17) Fasa 2B /Foto Fazli Salleh

JOHOR BAHRU, 11 November – Projek menaik taraf Lebuhraya Pasir Gudang (FT17) Fasa 2B, Johor Bahru yang bermula sejak Oktober 2022, dijangka siap sepenuhnya pada 24 November ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Projek bernilai RM79.6 juta kini mencapai tahap kemajuan 98 peratus, kata pengerusi jawatankuasa negeri.
  • Projek sepanjang 10 kilometer merangkumi laluan dari Persimpangan Bandar Seri Alam dan Taman Rinting hingga ke Pasir Gudang.
  • Kerja-kerja pelebaran jalan daripada empat kepada enam lorong dilaksanakan untuk meningkatkan kapasiti trafik.
  • Lampu jalan solar diganti dengan lampu jalan kekal susulan aduan pengguna mengenai pencahayaan kurang terang terutama lewat malam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, Ir. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, projek bernilai RM79.6 juta itu kini mencapai tahap kemajuan 98 peratus.

Projek sepanjang 10 kilometer itu melibatkan laluan dari Persimpangan Bandar Seri Alam dan Taman Rinting hingga ke Pasir Gudang, dengan kerja-kerja pelebaran jalan daripada empat kepada enam lorong.

Selain itu, lampu jalan solar di sepanjang laluan berkenaan turut digantikan dengan lampu jalan kekal susulan aduan pengguna mengenai pencahayaan yang kurang terang, khususnya pada lewat malam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.