
JOHOR BAHRU, 10 November – Seorang bekas pekerja disyaki menjadi dalang kes pecah masuk sebuah premis pajak gadai membabitkan kerugian RM28.4 juta di Kota Tinggi, Jumaat lepas.
- Tindakan dibuat untuk menghapuskan bukti pecah amanah.
- Ketua Polis mengesahkan dapatan selepas penahanan tujuh suspek.
- Kebanyakan barang kemas adalah palsu, dipajak oleh suspek menggunakan identiti pemajak tidak wujud untuk peroleh wang syarikat.
- Polis merampas 2,891 barang kemas dan wang tunai RM27,371; empat suspek direman hingga 14 Nov, tiga lagi hingga 15 Nov, siasatan Seksyen 457.
Tindakan itu bagi menghapuskan bukti pecah amanah.
Ketua Polis Johor, Datuk AB Rahaman Arsad mengesahkan dapatan berkenaan diperoleh, susulan penahanan tujuh suspek pada Sabtu dan Ahad lepas.
“Siasatan mendapati beberapa yang suspek ditahan, terlibat dalam pecah amanah di premis pajak gadai itu.
“Kebanyakan barang kemas dilarikan merupakan barang kemas palsu, yang dipajak sendiri oleh suspek menggunakan identiti pemajak tidak wujud dan tindakan berkenaan bertujuan mendapatkan wang syarikat.
“Ketika tangkapan, polis merampas 2,891 barang kemas daripada suspek, selain wang tunai mencecah RM 27,371 ringgit,”katanya.
Empat suspek direman sehingga 14 November ini, manakala tiga yang lain direman sehingga 15 November, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457
Kanun Keseksaan.