Terbuka Korea 2026: Wei Chong-Kai Wun tumpas di separuh akhir

Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun/Gambar fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 November – Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun kandas di separuh akhir Terbuka Korea 2026 selepas tewas kepada pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gandingan pilihan ketiga Malaysia kini menempati ranking kesembilan dunia.
  • Tewas dalam straight set 17-21, 17-21; perlawanan selesai dalam 39 minit di Stadium Jinnam, Yeosu.
  • Kekalahan melanjutkan rekod tanpa kemenangan tujuh kali berturut-turut sejak Orleans Masters 2025.
  • Penyingkiran menamatkan kempen Malaysia dalam kejohanan Super 500; tiada wakil negara meneruskan saingan.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Jinnam di Yeosu, gandingan pilihan ketiga Malaysia yang ketika ini menduduki rangking kesembilan dunia itu, tunduk kepada pasangan tuan rumah dengan straight set 17-21, 17-21 dalam pertarungan selama 39 minit.

Kekalahan itu melebarkan lagi rekod tanpa kemenangan Wei Chong-Kai Wun menentang pilihan utama Korea Selatan itu tujuh kali berturut-turut bermula daripada Orleans Masters 2025.

Beregu Malaysia itu juga tewas dengan pasangan Korea berkenaan di Terbuka Jepun 2025, Kejohanan Dunia 2025, Terbuka Perancis 2025, Final Jelajah Dunia BWF 2025 dan Terbuka Malaysia 2026.

Penyingkiran itu sekali gus menamatkan kempen Malaysia dalam kejohanan Super 500 itu apabila tiada lagi pemain negara meneruskan saingan.

— BERNAMA

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.