Antonelli terpantas, atasi Norris latihan bebas kedua GP Sao Paulo

Juara dunia Formula Satu (F1), Kimi Antonelli

SAO PAULO, 7 November – Juara dunia Formula Satu (F1), Kimi Antonelli mencatat masa terpantas pada sesi latihan bebas kedua (FP2) Grand Prix Sao Paulo, sekali gus mengatasi pemandu McLaren, Lando Norris di Litar Interlagos, Brazil.

RINGKASAN BERITA AI
  • Antonelli mencatat terpantas pada sesi latihan bebas kedua GP Sao Paulo, mengatasi Lando Norris dengan beza 0.253 saat.
  • Max Verstappen ketiga, George Russell keempat dan Oscar Piastri melengkapkan lima terpantas; Hamilton dan Leclerc di tempat keenam serta ketujuh.
  • Sesi berlangsung renyai; Leclerc terlepas FP1 kerana menyambut kelahiran anak dan prinsipal Ferrari Fred Vasseur minta kedua pemandu utamakan pasukan.

Antonelli merekodkan masa satu minit 10.763 saat, meninggalkan Norris di tempat kedua dengan perbezaan 0.253 saat.

Juara dunia empat kali, Max Verstappen daripada Red Bull pula menduduki tempat ketiga, diikuti rakan sepasukan Antonelli, George Russell di kedudukan keempat.

Oscar Piastri daripada McLaren melengkapkan kelompok lima terpantas, manakala Lewis Hamilton dan Charles Leclerc daripada Ferrari masing-masing berada di tempat keenam dan ketujuh.

Sesi latihan berlangsung dalam keadaan cuaca tidak menentu dengan renyai hujan di litar Interlagos.

Dalam perkembangan lain, prinsipal Ferrari, Fred Vasseur mengingatkan Hamilton dan Leclerc supaya saling menghormati serta mengutamakan kepentingan pasukan.

Ia susulan insiden pertembungan antara kedua-duanya pada GP Mexico, Ahad lalu.

Leclerc sebelum ini terlepas sesi latihan bebas pertama sebelum kembali ke litar bagi sesi kedua selepas pulang ke Monaco untuk menyambut kelahiran anak pertamanya. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.