Shannon Tan tempat keenam final 200m kuak kupu-kupu

Foto Fb Majlis Sukan Negara Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 November – Perenang muda negara, Shannon Tan Yan Qing menamatkan saingan acara 200 meter (m) kuak kupu-kupu wanita di tempat keenam pada temasya Youth Olympic Games Dakar 2026, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Shannon Tan merekodkan masa 2:19.26 dalam final 200m kuak kupu-kupu di Youth Olympic Games Dakar 2026.
  • Mohan Chang (China) memenangi emas dengan masa 2:09.93.
  • Aguiar Amaral (Brazil) meraih perak 2:13.01; Michelle Surjadi (Indonesia) gangsa 2:14.10.
  • Loo Cheng Feng gagal layak ke final 200m gaya bebas lelaki, catatan 1:58.72 dalam saringan keempat.

Shannon yang beraksi di pentas final merekodkan masa 2 minit 19.26 saat (s) untuk berada dalam kelompok enam terbaik.

Pingat emas menjadi milik perenang China, Mohan Chang yang mencatat masa 2:09.93s, manakala Aguiar Amaral dari Brazil meraih perak dengan catatan 2:13.01s.

Perenang Indonesia, Michelle Surjadi pula melengkapkan podium selepas meraih gangsa menerusi catatan 2:14.10s.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Loo Cheng Feng gagal melayakkan diri ke final acara 200m gaya bebas lelaki selepas menamatkan saingan di peringkat saringan.

Loo mencatat masa 1:58.72s dalam saringan keempat, namun catatan itu tidak mencukupi untuk melayakkannya ke peringkat akhir.


Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.