Konflik Hamilton-Leclerc cetus dejavu buat Wolff

Foto Afp

SAO PAULO, 7 November – Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff mengakui situasi ketegangan antara dua pelumba Ferrari, Lewis Hamilton dan Charles Leclerc mengingatkannya kepada konflik dalaman pasukannya kira-kira sedekad lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Wolff melihat persamaan situasi itu dengan persaingan sengit Hamilton dan Nico Rosberg pada 2016.
  • Perlanggaran pada GP Sepanyol 2016 menamatkan perlumbaan kedua pelumba dan membuka peluang kemenangan sulung Max Verstappen.
  • Fred Vasseur berkata pertembungan di Mexico tidak menyebabkan kegagalan menamatkan perlumbaan tetapi menjejaskan peluang Ferrari untuk kedudukan satu dua.

Wolff berkata, beliau memahami cabaran dihadapi Ketua Pasukan Ferrari, Fred Vasseur susulan insiden pertembungan Hamilton dan Leclerc ketika Grand Prix Mexico, Ahad lalu.

Menurutnya, situasi itu mengimbas persaingan sengit antara Hamilton dan Nico Rosberg ketika kedua-duanya berentap merebut kejuaraan bersama Mercedes pada 2016.

Persaingan tersebut pernah memuncak apabila kedua-dua pelumba terbabit bertembung pada pusingan pertama Grand Prix Sepanyol, sekali gus menamatkan perlumbaan mereka.

Insiden itu membuka laluan kepada Max Verstappen yang ketika itu membuat penampilan sulung bersama Red Bull untuk meraih kemenangan sulungnya.

Wolff berkata, persaingan antara dua pelumba berkaliber tinggi sememangnya sukar dikawal, terutama apabila kedua-duanya berjuang untuk kemenangan dan berada dalam perhatian media.

Beliau turut berpandangan insiden serius kadangkala menjadi titik penting untuk menetapkan batas persaingan serta mengingatkan pelumba mengenai tanggungjawab terhadap pasukan.

Sementara itu, Vasseur menjelaskan pertembungan Hamilton dan Leclerc di Mexico tidak menyebabkan kedua-duanya gagal menamatkan perlumbaan, namun menjejaskan peluang Ferrari untuk meraih kedudukan satu-dua.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.