
KLUANG, 7 November -Seorang bapa dan anak perempuannya maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 67, Jalan Kluang-Kota Tinggi, Kluang, kira-kira 4.00 petang semalam.
- Musa Md Jais, 72, disahkan maut di lokasi; anaknya Nur Alesya, 6, meninggal semasa dirawat di hospital.
- Kenderaan mangsa dilanggar oleh sebuah kereta dari arah bertentangan yang didakwa hilang kawalan.
- Pemandu kereta terbabit dan lima penumpang kedua-dua kenderaan mengalami kecederaan.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Musa Md Jais, 72 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anaknya, Nur Alesya, 6 tahun, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital
Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata, ketika kejadian, kenderaan mangsa sedang dalam perjalanan dari Kluang ke arah Kota Tinggi.
“Sebuah lagi kereta dari arah bertentangan dilaporkan hilang kawalan dan merempuh kenderaan mangsa.
“Pemandu kereta terbabit bersama lima penumpang daripada kedua-dua kenderaan cedera,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.