TPM adakan kunjungan hormat ke atas Erdogan

Foto AFP

ISTANBUL, 7 November – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, di Istanbul Congress Centre, Istanbul.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kunjungan berlangsung 30 minit bermula pukul 4 petang selepas perasmian TRT World Forum 2026.
  • Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berada di Turkiye untuk lawatan kerja empat hari, 5 hingga 8 November.
  • TRT World Forum menghimpunkan pemimpin dunia dan pembuat dasar membincangkan cabaran geopolitik serta isu global.
  • Malaysia dan Turkiye menjalin hubungan diplomatik sejak 31 Mei 1974 dengan nilai perdagangan dua hala AS$5.6 bilion.

Kunjungan tersebut berlangsung selama 30 minit bermula pukul 4 petang waktu tempatan, selepas acara perasmian TRT World Forum 2026.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid kini berada di Turkiye bagi rangka lawatan kerja empat hari bermula 5 hingga 8 November bersempena dengan penyertaan beliau dalam forum berkenaan.

Platform itu menghimpunkan pemimpin dunia, pembuat dasar dan tokoh antarabangsa bagi membincangkan pelbagai cabaran geopolitik serta isu global.

Untuk rekod, Malaysia dan Turkiye menjalin hubungan diplomatik sejak 31 Mei 1974, dengan pelbagai kerjasama strategik dalam pelbagai sektor terus berlangsung termasuk politik, ekonomi, perdagangan dan pendidikan.

Nilai perdagangan dua hala Malaysia-Turkiye kini mencecah AS$5.6 bilion.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.