
ISTANBUL, 7 November– Kerjasama industri pertahanan Malaysia-Turkiye merupakan satu pilihan strategik yang bukan sahaja tertumpu kepada perolehan aset ketenteraan semata-mata.
- Pemindahan teknologi dan perkongsian kepakaran memperkukuh keupayaan pertahanan serta membangun kapabiliti kedua-dua negara.
- Kerjasama pertahanan dilihat menyumbang kepada kestabilan antarabangsa melalui kolaborasi strategik.
- Kedudukan strategik Turkiye menghubungkan Eropah, Asia Barat dan Asia Tengah memudahkan perluasan kerjasama pelbagai sektor.
- Status Rakan Dialog ASEAN membuka ruang kerjasama tersusun; Malaysia mahu manfaat nyata bukan sekadar platform diplomatik.
Sebaliknya, turut merangkumi pemindahan teknologi dan perkongsian kepakaran bagi memperkukuh keupayaan kedua-dua negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama itu perlu dilihat berdasarkan keupayaannya menyumbang kepada kestabilan antarabangsa.
Menurut beliau, kedudukan strategik Turkiye yang menghubungkan Eropah, Asia Barat dan Asia Tengah turut menjadikan negara itu rakan penting dalam memperluas kerjasama dengan Malaysia.
“Sebaliknya, ia turut membuka peluang kepada pemindahan ilmu dan teknologi serta memperkukuh hubungan dalam sektor ekonomi, pendidikan dan diplomatik,” katanya ketika menjadi panel dalam TRT World Forum 2026 dalam sesi bertajuk Turkiye: From Regional Power to Multi-Regional Actor di Istanbul Congress Center (ICC), Istanbul.
Sementara itu, mengulas hubungan ASEAN-Turkiye, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata, status Turkiye sebagai Rakan Dialog ASEAN membuka ruang kepada kerjasama yang lebih tersusun.
Katanya, Malaysia mahu hubungan itu menghasilkan manfaat nyata dan bukan sekadar menjadi satu platform diplomatik.