
KUALA LUMPUR, 7 November– Portal korporat Bank Rakyat dilaporkan mengalami gangguan capaian buat sementara waktu.
RINGKASAN BERITA AI
- Bank Rakyat menasihati pelanggan melalui Facebook rasmi untuk menggunakan saluran digital alternatif.
- Platform disyorkan: iRakyat, BRICK, QR2E dan portal perbankan perniagaan i-bizRAKYAT.
- Pelanggan dinasihatkan meneruskan urusan perbankan melalui aplikasi mudah alih alternatif.
- Bank memohon maaf atas sebarang kesulitan dan berterima kasih atas kesabaran pelanggan.
Bank Rakyat menerusi pemakluman di laman Facebook rasminya, menasihati pelanggan agar menggunakan saluran digital dan aplikasi mudah alih alternatif, bagi meneruskan urusan perbankan.
Antara platform yang disarankan termasuk aplikasi perbankan mudah alih iRakyat, BRICK, QR2E serta portal perbankan perniagaan i-bizRAKYAT.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Terima kasih atas kesabaran anda,” menurut kenyataan ringkas institusi perbankan itu, yang dikeluarkan kira-kira 11.30 malam tadi.- BERNAMA