Perubahan struktur dalam sektor pertanian, tangani masalah kekurangan modal – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 November – Kerajaan perlu melaksanakan perubahan struktur secara berani dalam sektor pertanian bagi menangani masalah kekurangan modal, produktiviti rendah dan kelemahan infrastruktur pemasaran yang sekian lama membelenggu petani kecil, pekebun kecil dan nelayan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kegagalan menangani isu menyebabkan petani kecil terus terperangkap dalam kemiskinan dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan serta subsidi kerajaan.
  • Langkah perlu memastikan pekebun kecil dan petani miskin mendapat manfaat penggunaan teknologi moden.
  • Sektor perladangan digesa memperluas penglibatan supaya golongan itu turut menikmati kemajuan teknologi dan meningkatkan produktiviti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kegagalan menangani masalah itu menyebabkan golongan berkenaan terus terperangkap dalam kemiskinan serta bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan.

“Kegagalan itu menyebabkan golongan petani dan masyarakat miskin terus bergantung sepenuhnya kepada bantuan dan subsidi. Semakin banyak bantuan dan subsidi diberikan, semakin tinggi kebergantungan mereka kepada pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membincangkan isu keterjaminan makanan pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri Ke-14, di sini.

Jelas Perdana Menteri, perubahan struktur turut perlu melibatkan usaha memastikan pekebun kecil dan petani miskin mendapat manfaat daripada penggunaan teknologi moden yang selama ini lebih banyak dimanfaatkan sektor perladangan berskala besar.

Katanya, sektor perladangan perlu memperluas penglibatan golongan berkenaan supaya mereka turut menikmati kemajuan teknologi dalam meningkatkan produktiviti pertanian.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.