Trend pembelian pengguna di Johor terkawal

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 6 November – Trend pembelian pengguna di Johor kekal terkawal meskipun timbul kebimbangan susulan insiden serangan siber yang menjejaskan sistem penyejukan pasar raya di beberapa negara Eropah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiada aduan pembelian panik; KPDN yakin bekalan barangan mencukupi dan pengguna diminta tidak bimbang.
  • Pengguna dinasihatkan menyalurkan aduan berkaitan bekalan atau harga melalui platform rasmi KPDN.
  • KPDN Johor sediakan stok simpanan tambahan 30 peratus dan bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi menghadapi kemungkinan banjir.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Parnomo berkata setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang aduan berkaitan pembelian panik di negeri berkenaan.

“Kita belum menerima sebarang aduan berhubung perkara itu. Saya percaya pengguna akan bertindak secara bijaksana dan sewajarnya. Kita juga memberi jaminan bahawa bekalan barangan dalam pasaran adalah mencukupi. Jadi, pengguna tidak perlu bimbang,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya menyalurkan sebarang aduan berkaitan bekalan atau harga barangan menerusi platform rasmi KPDN.

Sementara itu, KPDN Johor turut menyediakan stok simpanan tambahan sebanyak 30 peratus sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir sepanjang Monsun Timur Laut.

Lilis berkata langkah tersebut dilaksanakan menerusi kerjasama kerajaan negeri, pusat pengedaran, pihak pengurusan serta pasar raya yang dilantik bagi memastikan bekalan barangan keperluan kekal mencukupi sekiranya bencana menjejaskan proses pengedaran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.