Deepavali: Diskaun tol 50 peratus ringankan kos perjalanan

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 6 November – Pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena sambutan Deepavali disambut baik pengguna lebuh raya yang memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman seawal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Diskaun tol 50% meringankan kos perjalanan, membantu rakyat berjimat semasa musim perayaan.
  • Inisiatif dinilai baik oleh pengguna, memberi manfaat kepada semua tanpa mengira kaum.
  • Langkah kerajaan membantu kurangkan beban kos sara hidup, membolehkan lebih ramai pulang ke kampung dengan perbelanjaan lebih rendah.

Inisiatif kerajaan itu bukan sahaja membantu mengurangkan kos perjalanan, malah memberi ruang kepada rakyat membuat penjimatan, khususnya ketika musim perayaan.

Bagi Ahmad Munir Sirajuddin Noryazid, diskaun berkenaan memberikan penjimatan ketara, terutama bagi perjalanan jarak jauh dari Melaka ke Alor Setar.

“Pengurangan kadar tol itu membolehkan beliau menikmati perjalanan dengan kos lebih rendah berbanding kadar biasa,” katanya kepada wartawan.

Sementara itu, Jayendran Nadarajan menyifatkan inisiatif berkenaan sebagai langkah baik kerajaan kerana manfaatnya dapat dinikmati seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

“Saya percaya seluruh rakyat Malaysia gembira dengan bantuan kerajaan ini kerana semua pengguna dapat menikmati diskaun tol sebanyak 50 peratus.

“Ketika melalui Plaza Tol Sungai Besi tadi, saya sendiri dapat melihat potongan harga tersebut. Ini satu inisiatif yang sangat baik,” katanya.

Bagi Mohamad Riduan Basharudin pula, pemberian diskaun itu merupakan langkah tepat dalam membantu meringankan beban pengguna, terutama ketika kos perjalanan semakin meningkat.

“Pengurangan kadar tol sebanyak 50 peratus memberi peluang kepada lebih ramai rakyat pulang ke kampung halaman dengan perbelanjaan yang lebih rendah,” katanya kepada wartawan yang membuat tinjauan di sini, hari ini.

Inisiatif diskaun tol itu mencerminkan usaha kerajaan membantu meringankan kos sara hidup rakyat, selain menyemarakkan sambutan Deepavali dalam suasana lebih bermakna.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.