Ribut petir landa Terengganu dan empat negeri hingga 12 tengah hari

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 6 November – Ribut petir dan hujan lebat beserta angin kencang dijangka melanda seluruh negeri Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah hingga 12 tengah hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kelantan: Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Kota Bharu, Machang, Pasir Puteh.
  • Pahang: Kuantan, Pekan; Sarawak: Sri Aman, Betong, Kuching, Samarahan, Serian, Bintulu, Mukah; Sabah: Sandakan (Labuk & Sugut, Paitan, Kinabatangan).
  • MetMalaysia: Amaran ribut petir dikeluarkan bila hujan melebihi 20 milimeter sejam dijangka berlaku lebih satu jam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan di Kelantan melibatkan Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Kota Bharu, Machang dan Pasir Puteh.

“Manakala, Kuantan dan Pekan di Pahang. Di Sarawak pula di Sri Aman, Betong (Betong dan Pusa), Kuching, Samarahan, Serian, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Mukah.

“Sandakan (Labuk & Sugut, Sandakan, Paitan dan Kinabatangan) dekat Sabah,” menurut MetMalaysia.

Jabatan berkenaan turut memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan kejadian ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.