
KUALA LUMPUR, 4 November – Sebanyak RM52.5 juta diperuntukkan bagi melaksanakan lima projek pembangunan fizikal di Kedah pada 2027, merangkumi tiga projek baharu dan dua projek sambungan menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).
- Menteri Ekonomi umum pelaksanaan projek pembangunan fizikal di Kedah ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.
- Projek baharu termasuk naik taraf Medan Selera Ukir Mall (Alor Setar), pembinaan premis usahawan di Gurun, dan naik taraf Medan Selera Keluncor.
- Pembangunan infrastruktur asas Zon Industri Fasa lima di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) untuk sokong aktiviti perindustrian.
- Naik taraf bangunan serbaguna bagi menyediakan 15 ruang niaga untuk menyokong usahawan dan perniagaan tempatan.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, projek baharu itu melibatkan pembangunan kemudahan perniagaan dan premis usahawan di beberapa lokasi di Kedah.
“Bagi Kedah, kita memperuntukkan RM52.5 juta untuk melaksanakan lima projek fizikal, iaitu tiga projek baharu dan dua projek sambungan.
“Projek baharu melibatkan kerja menaik taraf Medan Selera Ukir Mall di Alor Setar, pembinaan premis usahawan di kawasan perindustrian Gurun dan menaik taraf Medan Selera Keluncor di Kuala Kedah,” katanya.
Dua projek sambungan pula melibatkan pembangunan infrastruktur asas Zon Industri Fasa 5 di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dengan peruntukan RM47 juta, serta kerja menaik taraf bangunan serbaguna bagi menyediakan 15 ruang niaga.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 bagi Kementerian Ekonomi di Dewan Rakyat.