
KANGAR, 3 November – Jabatan Mufti Negeri Perlis memperkenalkan Kad Tauliah Mengajar Agama Islam dan portal e-tauliah bagi memperkemas pengurusan serta memudahkan urusan permohonan tauliah di negeri.
- Inisiatif baharu bertujuan melancarkan urusan guru agama dan menjadikan kad sebagai lesen mengajar dengan potensi pengembangan fungsi masa depan.
- Proses dipermudah melalui e-tauliah; permohonan baharu kini diterima secara berterusan termasuk individu dari luar Perlis.
- Perasmian simposium disempurnakan Raja Muda Perlis dan 43 penerima menerima tauliah Umum serta tauliah Mengajar al-Quran.
Inisiatif baharu itu bertujuan melancarkan urusan guru agama, selain menjadikan kad berkenaan sebagai lesen mengajar yang berpotensi diperluaskan fungsinya pada masa depan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, langkah mempermudah proses berkenaan juga sejajar sambutan menggalakkan apabila permohonan baharu kini diterima secara berterusan termasuk daripada individu dari luar Perlis.
“Oleh kerana kita berada pada era yang serba pantas ini, pentingnya e-tauliah dan mungkin kita akan kembangkan lagi kad itu pada masa depan,” katanya.
Beliau ditemui media selepas Perasmian Simposium Guru Agama dan Majlis Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis 2026 di sini.
Majlis disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Baginda turut berkenan mengurniakan tauliah kepada 43 penerima baharu melibatkan Tauliah Umum dan Tauliah Mengajar al-Quran.