UK perketat syarat permohonan ILR

Foto AFP

LONDON, 3 November – Kerajaan United Kingdom (UK) mengesahkan tempoh menunggu bagi kebanyakan pekerja asing untuk memohon status pemastautin tetap atau ‘Indefinite Leave to Remain’ (ILR) dilanjutkan daripada lima kepada 10 tahun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Golongan berpendapatan tinggi boleh memohon selepas tiga tahun; doktor, jururawat dan guru kekal layak selepas lima tahun.
  • Pekerja penjagaan sosial kekal layak selepas lima tahun jika patuh syarat visa dan gaji sekurang-kurangnya £25,000 setahun.
  • Pelanggaran syarat visa atau kemasukan haram menyebabkan tempoh menunggu panjang: sehingga 20 tahun, atau 30 tahun tanpa kerja atau pendidikan.
  • Perubahan menyebabkan kira-kira 500,000 orang perlu menunggu lebih lama untuk memperoleh status pemastautin tetap.

Status ILR membolehkan seseorang tinggal, bekerja dan belajar di UK tanpa sekatan serta menjadi laluan untuk mendapatkan kewarganegaraan negara itu.

Menteri Dalam Negeri UK, Shabana Mahmood berkata, golongan berpendapatan tinggi masih boleh memohon selepas tiga tahun, manakala doktor, jururawat dan guru kekal layak selepas lima tahun.

Bagi pekerja sektor penjagaan sosial, tempoh lima tahun dikekalkan sekiranya mereka mematuhi syarat visa dan memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya £25,000 setahun.

Sementara itu, warga asing yang melanggar syarat visa atau menuntut bantuan kebajikan tertentu perlu menunggu sehingga 20 tahun sebelum layak memohon.

Individu yang memasuki UK secara tidak sah juga perlu menunggu 20 tahun, atau 30 tahun sekiranya tidak bekerja atau melanjutkan pelajaran.

Mahmood berkata, perubahan itu menyebabkan kira-kira 500,000 orang perlu menunggu lebih lama untuk memperoleh status pemastautin tetap.

Peraturan baharu itu dijangka berkuat kuasa tahun depan dan turut melibatkan warga asing yang sudah berada di UK, kecuali mereka yang telah memperoleh status pemastautin tetap.

Kerajaan menganggarkan seramai 1.9 juta orang akan memperoleh status berkenaan antara 2026 hingga 2030.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.