Jentolak, kereta kebal Israel musnahkan rumah penduduk Lubnan

Foto VIORY

LUBNAN, 3 November – Lebih lima jentolak tentera Israel memasuki bandar Zawtar al-Sharqiyah di selatan Lubnan pada Isnin, dengan diiringi kereta kebal sebelum merobohkan sejumlah kediaman penduduk dalam operasi pemusnahan berskala besar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rakaman video memaparkan rumah diranapkan dan kepulan asap tebal susulan satu letupan besar.
  • Media Lubnan melaporkan kemusnahan besar di kejiranan Al Anisi, melibatkan keluarga Anisi, Subaih dan Jaber.
  • Ketegangan meningkat; Beirut mendesak Israel undur, Israel mahu Hezbollah melucutkan senjata, Hezbollah enggan selagi tentera Israel kekal.

Rakaman video yang tersebar menunjukkan jentolak tentera Israel meranapkan rumah penduduk, manakala rakaman lain memaparkan kepulan asap tebal menjulang ke udara susulan satu letupan besar.

Media Lubnan melaporkan kemusnahan besar berlaku di kawasan kejiranan Al Anisi, dengan beberapa kediaman milik keluarga Anisi, Subaih dan Jaber dilaporkan musnah sejak beberapa hari lalu.

Operasi berkenaan berlaku ketika tentera Israel terus melaksanakan aktiviti ketenteraan berulang kali di selatan Lubnan, sekali gus meningkatkan ketegangan di kawasan berkenaan.

Beirut terus mendesak Israel supaya menghentikan serangan serta mengundurkan tenteranya dari wilayah Lubnan.

Sementara itu, Israel menegaskan Hizbullah perlu melucutkan senjata, namun kumpulan itu enggan berbuat demikian selagi tentera Israel masih berada di wilayah Lubnan. -VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.