
KUALA LUMPUR, 2 November – Tiada kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan tidak sihat.
RINGKASAN BERITA AI
- 24 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap baik menurut portal APIMS.
- 44 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana.
- Kategori IPU: 0-50 baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, 301 ke atas berbahaya.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 24 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap baik.
Data itu setakat pukul 9 pagi tadi.
Berdasarkan kemaskini APIMS, antara kawasan terlibat adalah Kota Bharu (Kelantan), Langkawi (Kedah), Samarahan (Sarawak) dan Balik Pulau (Pulau Pinang).
Sementara itu, 44 kawasan merekodkan IPU sederhana.
Untuk rekod, bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).