KBS sasar penganjuran Sukan SEA, Sukan Para ASEAN capai standard terbaik

Dr. Mohammed Taufiq Johari

SUNGAI PETANI, 31 Oktober – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited memastikan penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027 mencapai standard terbaik, sekali gus menjadi antara edisi paling berjaya dalam sejarah penganjuran kedua-dua temasya itu di negara ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peruntukan RM240 juta dalam Belanjawan 2027 untuk memperkukuh persiapan Malaysia sebagai tuan rumah.
  • KBS akan pastikan fasiliti sukan di empat kluster (Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Sarawak) dalam keadaan baik dan sedia digunakan.
  • Pengambilan sukarelawan dilancarkan 5 Disember 2026, mensasarkan kira-kira 15,000 sukarelawan atau lebih.
  • Sukan SEA ke-34 dijadual 18 hingga 29 September 2027, melibatkan 43 sukan dan 473 acara.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, sasaran itu mampu dicapai dengan sokongan peruntukan sebanyak RM240 juta yang disediakan kerajaan menerusi Belanjawan 2027 bagi memperkukuh persiapan Malaysia sebagai tuan rumah kedua-dua temasya sukan berkenaan.

ehubungan dengan itu, KBS akan memastikan semua fasiliti sukan di empat kluster penganjuran, iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak, berada dalam keadaan baik serta bersedia untuk digunakan sepanjang temasya berlangsung.

“Kita mahu memastikan penganjuran kali ini menjadi antara yang terbaik, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat ASEAN dan global.

“Setakat ini, persiapan lain berjalan lancar dan pada 5 Disember 2026, kita akan melancarkan proses pengambilan sukarelawan. Kita menyasarkan penyertaan kira-kira 15,000 sukarelawan atau lebih bagi membantu menjayakan temasya ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program MADANI Kita (PMK) Sidam di Pejabat Penghulu Mukim Sidam Kiri di sini.

Sukan SEA ke-34 di Malaysia akan berlangsung dari 18 hingga 29 September 2027 dengan mempertandingkan 43 jenis sukan melibatkan 473 acara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.