Kapal dilaporkan terbakar di Selat Hormuz

Foto AFP

DUBAI, 29 Oktober -Sebuah kapal dilaporkan terbakar di Selat Hormuz, menurut Agensi Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • UKMTO tidak memberikan maklumat lanjut mengenai punca kebakaran atau kemungkinan mangsa.
  • Laporan datang daripada kapten kapal lain, kira-kira sembilan batu nautika atau 17 km utara Khasab, Oman.
  • Selat Hormuz laluan penting bagi penghantaran minyak dan gas; ketegangan meningkat selepas serangan dan sekatan terhadap Iran.

Bagaimanapun, agensi itu tidak memberikan maklumat lanjut mengenai punca kebakaran atau kemungkinan mangsa yang terlibat.

UKMTO berkata, pihaknya menerima laporan daripada kepten kapal sebuah kapal lain yang mengesan kejadian itu, kira-kira sembilan batu nautika atau 17 kilometer di utara Khasab, Oman, berhampiran selat berkenaan.

Selat Hormuz merupakan laluan penting bagi penghantaran bekalan minyak dan gas asli dunia.

Sejak tercetusnya perang di Asia Barat pada Februari lalu, Iran berusaha mengawal laluan perairan itu selain melancarkan serangan terhadap kapal yang didakwa melaluinya tanpa kebenaran.

Sebagai tindak balas, Amerika Syarikat melaksanakan sekatan balas terhadap pelabuhan Iran. – AFP

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.