
KUALA LUMPUR, 29 Oktober- Pemain perseorangan lelaki negara, Cheam Jun Wei terpaksa pulang awal apabila terkandas di pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka HYLO 2026 di Saarbrucken, Jerman hari ini.
- Jun Wei tewas set pertama 18-21 kepada pencabar India, Kiran George.
- Dalam set kedua, permainan terikat 4-4 sebelum Jun Wei tewas 17-21.
- Lee Zii Jia mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Jason Teh 21-16, 19-21, 21-17.
- Zii Jia akan berdepan pemain Jepun Kodai Naraoka bagi merebut tempat suku akhir.
Pada aksi yang berlangsung di Saarlandhalle pemain ke-57 dunia itu bermula goyah pada set pertama apabila mudah ditewaskan pencabar India, Kiran George, 18-21.
Jun Wei yang seakan bangkit daripada perlawanan, silih berganti mencuri mata sehingga terikat seri 4-4 sebelum akhirnya tewas 17-21 pada set kedua sekali gus kemenangan memihak kepada Kiran.
Bagi aksi perseorangan lelaki, Malaysia masih boleh berharap kepada profesional negara, Lee Zii Jia yang mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pemain Singapura, Jason Teh, 21-16, 19-21, 21-17, pada pusingan pertama semalam.
Zii Jia menempah pertemuan dengan pemain Jepun, Kodai Naraoka bagi memburu tiket ke suku akhir. – BERNAMA