Kadar antara bank dijangka kekal stabil

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Oktober – Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lebihan mudah tunai dianggarkan RM34.32 bilion (konvensional) dan RM35.97 bilion (Islam) dalam sistem perbankan.
  • BNM akan jalankan tender repo berbalik konvensional (RM6.5 bilion tujuh hari; RM500 juta 33 hari) dan CCM Islam (RM200 juta, RM300 juta).
  • BNM tawarkan tender semalaman pada 4 petang: konvensional sehingga RM41.3 bilion, Murabahah sehingga RM36.5 bilion.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM34.32 bilion dalam pasaran konvensional dan RM35.97 bilion dalam pasaran wang Islam.

Hari ini, BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik terdiri daripada RM6.5 bilion untuk tujuh hari dan RM500 juta untuk 33 hari.

Ia akan turut menjalankan dua tender repo berbalik Islam di bawah kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar (CCM) terdiri daripada tender bernilai RM200 juta untuk tujuh hari dan tender bernilai RM300 juta untuk 33 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM41.3 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM36.5 bilion.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.