
KUALA LUMPUR, 27 Oktober – Monsun Timur Laut (MTL) secara rasminya bermula hari ini dan dijangka berterusan hingga Mac 2027, membawa bersama pelbagai cabaran cuaca termasuk risiko hujan lebat berterusan dan angin kencang.
- METMalaysia menasihatkan orang ramai sentiasa bersiap sedia menghadapi kemungkinan cuaca ekstrem sepanjang musim tengkujuh.
- Rujuk maklumat rasmi METMalaysia melalui laman web, aplikasi myCuaca, media sosial atau talian hotline 1-300-22-1638 untuk perkembangan terkini.
- Penduduk kawasan berisiko tinggi dinasihatkan mengambil langkah berjaga lebih awal bagi menjamin keselamatan diri dan keluarga.
Sehubungan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menasihatkan orang ramai agar sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan keadaan cuaca ekstrem sepanjang musim tengkujuh ini.
“Masyarakat diminta untuk sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca semasa dengan merujuk maklumat, nasihat, ramalan serta amaran rasmi yang dikeluarkan oleh METMalaysia,” jelas agensi itu menerusi Facebooknya.

Bagi memastikan maklumat yang diterima sahih dan pantas, orang ramai boleh mendapatkan perkembangan terkini melalui saluran rasmi METMalaysia iaitu di www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial atau talian hotline 1-300-22-1638.
“Orang ramai di kawasan berisiko tinggi terutamanya dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga lebih awal demi menjamin keselamatan diri dan keluarga sepanjang musim MTL ini,” ujar kenyataan sama.