IIFA Ke-27: AI antara bidang utama dibincangkan

Datuk Dr. Sirajuddin / Foto Fail BERNAMA

PUTRAJAYA, 26 Oktober – Isu semasa berkaitan kecerdasan buatan (AI), perubatan dan industri kewangan antara tujuh bidang utama yang akan dibincangkan pada Persidangan Akademi Fiqh Islam Antarabangsa (IIFA) kali ke-27.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tujuh bidang fiqh kontemporari memerlukan penelitian ilmiah dan pertimbangan hukum syarak yang mendalam.
  • Perbincangan merangkumi isu kekeluargaan, fiqh ta'ayush, akhlak, perbuatan Nabi SAW dan isu istihsan.
  • Persidangan 30 November hingga 3 Disember menghimpunkan ulama, ilmuwan dan pakar antarabangsa, membuka ruang kerjasama ilmiah dan memperluas sumbangan Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, tujuh bidang berkenaan melibatkan isu fiqh kontemporari yang memerlukan penelitian ilmiah serta pertimbangan hukum syarak secara mendalam.

“Selain AI, perubatan dan industri kewangan, perbincangan turut merangkumi isu kekeluargaan semasa, fiqh kehidupan bersama atau fiqh ta‘ayush, akhlak dan perbuatan Nabi SAW serta isu semasa berkaitan istihsan,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Persidangan yang dijadual berlangsung dari 30 November hingga 3 Disember, di sini, akan menghimpunkan tokoh ulama, ilmuwan dan pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia.

Datuk Dr. Sirajuddin berkata, pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah membuka ruang untuk memperkukuh kerjasama ilmiah di peringkat antarabangsa.

Pada masa sama, penganjuran itu dijangka memperluas sumbangan Malaysia dalam wacana fiqh serta pembangunan pemikiran Syariah yang responsif terhadap keperluan ummah sejagat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.