Tren rempuh kren runtuh di Sao Paulo, seorang cedera

Rakaman dramatik kren yang tumbang sebelum dirempuh sebuah tren dan jatuh ke jalan raya  di Sao Paulo, Brazil pada Sabtu/ Viory

SAO PAULO, 26 Oktober- Sekurang-kurangnya seorang cedera selepas sebuah tren monorel tanpa pemandu merempuh kren pembinaan yang runtuh di Sao Paulo, Brazil pada Sabtu, menyebabkan serpihan struktur itu terhempas ke jalan raya yang sibuk.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rakaman menunjukkan tren merempuh kren yang menghalang landasan, menyebabkan struktur itu jatuh ke jalan raya berhampiran kenderaan bergerak.
  • Operator kren dilaporkan cedera, tiada kecederaan dilaporkan bagi penumpang tren atau pengguna jalan raya.
  • Kejadian berlaku di Laluan 15-Silver sepanjang Avenida Professor Luiz Ignacio de Anhaia Mello di bahagian timur bandar.
  • Punca runtuhan kren yang menghempap landasan masih belum diketahui.

Rakaman kejadian menunjukkan tren berkenaan merempuh kren yang menghalang landasan bertingkat, menyebabkan sebahagian struktur itu jatuh ke jalan raya berhampiran kenderaan yang sedang bergerak.

Operator kren dilaporkan cedera, manakala tiada kecederaan dilaporkan melibatkan penumpang tren atau pengguna jalan raya.

Kejadian berlaku di Laluan 15-Silver di Avenida Professor Luiz Ignacio de Anhaia Mello di bahagian timur bandar Sao Paulo.

Punca kren berkenaan runtuh sehingga menghempap landasan masih belum diketahui. -Viory

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.