Wartawan terbabit kemalangan bakal terima bantuan Tabung Kasih@HAWANA

Foto FB Fahmi Fadzil 

KUALA LUMPUR, 25 Oktober – Dua pengamal media yang terbabit kemalangan di Perak, pagi tadi bakal menerima bantuan menerusi inisiatif Tabung Kasih@HAWANA.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kementerian Komunikasi melalui Bernama sedang menguruskan penyaluran bantuan kepada wartawan terbabit.
  • Kedua wartawan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan tidak mengalami kecederaan serius.
  • Menteri Fahmi Fadzil mendoakan agar urusan mereka dipermudah dan pulih seperti sediakala.
  • Kenderaan mereka dilanggar dari belakang oleh lori ketika berhenti di lampu isyarat sekitar pukul 6 pagi semasa menuju liputan Bagan Datuk.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Kementerian Komunikasi menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sedang menguruskan penyaluran bantuan kepada wartawan berkenaan.

“Kedua-dua wartawan yang terlibat dalam kemalangan di Menglembu, Jalan Ipoh–Lumut, pagi tadi telah menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Saya mendoakan agar kedua-duanya dipermudah segala urusan dan kembali pulih seperti sediakala,”katanya.

Kedua-dua mereka dilaporkan dalam perjalanan untuk membuat liputan program membabitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk apabila kenderaan yang mereka naiki dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lori ketika berhenti di lampu isyarat, kira-kira 6 pagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.