Lelaki maut tertimbus tanah di Pasir Gudang

Foto hiasan

PASIR GUDANG, 24 Oktober -Seorang lelaki maut selepas dipercayai tertimbus ketika menggali tanah berhampiran tangki air Taman Kedidi di sini, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM Johor menerima panggilan kecemasan pada jam 10.00 pagi dan melancarkan operasi mencari dan menyelamat.
  • Mangsa, 48 tahun, dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan pada 12.33 tengah hari.
  • Mayat diserahkan kepada polis dan operasi SAR ditamatkan pada 12.53 tengah hari.
  • Operasi melibatkan 17 anggota Balai Bomba; kerja ditangguhkan sementara kerana hujan. Biro Kebajikan ucap takziah kepada keluarga mangsa, Jamaluddin Wahab.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada 10 pagi.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan peralatan khas, cangkul dan skop bagi memudahkan penggalian tanah.

“Mangsa, 48 tahun, berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan pada 12.33 tengah hari,” menurut kenyataan JBPM Johor.

PGO memaklumkan mayat diserahkan kepada polis dan operasi tamat pada 12.53 tengah hari.

Operasi SAR melibatkan 17 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang dan Johor Jaya turut ditangguhkan untuk sementara waktu atas faktor keselamatan kerana hujan.

Sementara itu, Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang dalam hantaran Facebook mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang dikenali sebagai Jamaluddin Wahab dari Taman Cahaya Masai.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.