JPN realisasi aspirasi Malaysia MADANI

Aspirasi diperluas menerusi HPN ke-78 , Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani (KAM) dan Sekolah Angkat Madani (SAM)

KULAI, 24 Oktober – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terus memperkukuh usaha merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI menerusi pemerkasaan pembangunan komuniti, peluasan akses kepada pendidikan inklusif serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelancaran KAM dan SAM sempena HPN ke-78 sebagai pengembangan aspirasi Malaysia MADANI.
  • Kampung Melayu Sedenak terima RM500,000 bagi projek pembangunan dan bantuan peralatan kepada pengusaha IKS.
  • RM100,000 untuk TVET MARA Johor naik taraf balai raya dan pusat internet; RM100,000 untuk Sekolah Indahpura tingkatkan kemudahan, pendawaian, 10 kerusi refleksologi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata aspirasi diperluas menerusi Sambutan Hari Pendaftaran Negara (HPN) ke-78 , Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani (KAM) dan Sekolah Angkat Madani (SAM).

“Menerusi inisiatif KAM, Kampung Melayu Sedenak di Johor menerima peruntukan RM500,000 bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan dalam meningkatkan kesejahteraan penduduk termasuk membekalkan peralatan serta perkakasan kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

“RM100,000 turut disalurkan kepada Institut Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) MARA Johor bertujuan menyokong kerja-kerja menaik taraf balai raya dan pusat internet.

“Manakala, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulai yang dipilih sebagai Sekolah Angkat Madani pula menerima RM100,000 bagi menambah baik kemudahan serta prasarana sekolah termasuk kerja pendawaian dan membeli 10 unit kerusi refleksologi bagi kegunaan latihan pelajar,”katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Pendaftaran Negara (HPN) ke-78 serta pelancaran Kampung Angkat MADANI serta Sekolah Angkat MADANI.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.