Dua sindiket ‘calling centre’ tumpas, 29 warga asing ditahan

ACP Halim Abas

BATU BERENDAM, 22 Oktober – Polis Melaka menumpaskan dua sindiket pusat panggilan (calling centre) dengan menahan 29 warga China dan Vietnam yang disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan cinta (love scam) dan pelaburan tidak wujud dalam talian.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi dijalankan pada 20 dan 21 Oktober, pada sekitar pukul 1 petang dan 3 petang di beberapa premis di Melaka.
  • Rampasan bernilai kira-kira RM86,900 termasuk 52 telefon bimbit, 11 komputer, 2 komputer riba, 96 kad SIM dan RM6,400 tunai.
  • Kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen; suspek ditahan reman bermula 21 hingga 25 Oktober.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Halim Abas berkata, operasi dilakukan pada 20 dan 21 Oktober lalu pukul 1 dan 3 petang.

Operasi pertama dilakukan di empat premis penginapan di sebuah hotel di Melaka Raya dan menahan 14 warga China berusia 21 hingga 52 tahun.

Manakala operasi kedua di sebuah resort sekitar Ayer Keroh dan menahan 14 warga Vietnam dan seorang warga China berusia 21 hingga 40 tahun.

“Dalam operasi yang dijalankan, terdapat dua kumpulan sindiket penipuan. Kumpulan pertama terdiri daripada warga Vietnam yang menyasarkan mangsa dalam kalangan warga negara itu menerusi penipuan cinta atau love scam.

“Siri operasi berikutnya pula menyasarkan sindiket yang memperdaya warga China melalui pelaburan tidak wujud,” katanya.

Pihaknya turut merampas 52 telefon bimbit pelbagai jenama, 11 set komputer pelbagai jenama, komputer riba (2), alat penterjemah (2), tablet (1), pengecas telefon (5), kad sim prabayar (96), penghala starlink (1), alat kawalan jauh (1), buku passport (15) dan wang tunai berjumlah RM6,400.

Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM86,900 dan suspek ditahan reman bermula 21 Oktober hingga 25 Oktober.

Kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.