Konflik Houthi: Mesir mahu lindungi Arab Saudi, bukan serang Yaman

Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi / AFP

KAHERAH, 22 Oktober – Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi menegaskan cadangan sokongan ketenteraan Kaherah kepada Riyadh bertujuan mempertahankan wilayah Arab Saudi semata-mata, dan bukannya untuk menyerang Yaman.

RINGKASAN BERITA AI
  • Presiden Sisi meminta kebenaran parlimen untuk menyokong Arab Saudi dalam konflik dengan kumpulan Houthi.
  • Parlimen mengadakan dua sidang tergempar sulit dan menangguhkan perbincangan hingga minggu depan.
  • Segelintir ahli parlimen menuntut penjelasan risiko keselamatan; Iran memberi amaran penglibatan Mesir boleh memburukkan keadaan tetapi percaya Kaherah berpengalaman elak terperangkap.

Menerusi kenyataan pada Rabu, Sisi menjelaskan objektif utama bantuan ketenteraan tersebut adalah untuk melindungi tanah dan sempadan Arab Saudi serta mana-mana negara Arab lain sekiranya diminta.

Pengesahan itu dibuat selepas Sisi meminta kebenaran parlimen Sabtu lalu untuk menyokong Arab Saudi dalam konflik menentang kumpulan Houthi.

Parlimen Mesir dilaporkan telah mengadakan dua sidang tergempar secara sulit sebelum menangguhkan perbincangan hingga minggu depan.

Bagaimanapun, cadangan penglibatan tentera ini menerima bantahan daripada segelintir ahli parlimen Mesir yang menuntut penjelasan terperinci mengenai risiko keselamatan terhadap tentera mereka.

Dalam pada itu, Iran menerusi Menteri Luarnya, Abbas Araghchi memberi amaran bahawa penglibatan ketenteraan Mesir hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Namun, beliau percaya Kaherah mempunyai pengalaman yang cukup untuk mengelak daripada terperangkap dalam konflik kompleks tersebut.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.