Sultan Selangor berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja Bersama Rakyat

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berangkat ke ke Majlis Jamuan Teh Diraja Bersama Rakyat / Foto Facebook Amirudin Shari

KLANG, 21 Oktober – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja Bersama Rakyat sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan baginda di Istana Alam Shah hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Baginda tiba kira-kira 3.14 petang diiringi Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Tengku Amir Shah.
  • Majlis menghimpunkan lebih 3,000 tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat.
  • Tetamu mewakili lima daerah: Hulu Langat, Kuala Langat, Gombak, Sepang dan Kuala Selangor.
  • Jamuan Teh Diraja merupakan siri ketiga daripada lima siri program sempena Jubli Perak pemerintahan baginda.

Keberangkatan tiba baginda kira-kira 3.14 petang diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Majlis itu menghimpunkan lebih 3000 tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat, mewakili lima daerah iaitu Hulu Langat, Kuala Langat, Gombak, Sepang dan Kuala Selangor.

Pada majlis itu, Sultan Selangor turut berkenan menerima cenderamata yang dipersembahkan Pegawai Daerah Hulu Langat, Datuk Mohd Jusni Hashim, mewakili lima daerah yang terlibat dalam majlis berkenaan.

Jamuan Teh Diraja itu merupakan siri ketiga daripada lima siri program yang diatur sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Selangor.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.