Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia di Perancis berwaspada, tangguh perjalanan

Pejalan kaki melalui jalan yang dipenuhi serpihan runtuhan di Marseille, Perancis, susulan demonstrasi membantah peningkatan kos sara hidup/Foto AFP

PUTRAJAYA, 18 Oktober – Rakyat Malaysia di Perancis dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada susulan demonstrasi di beberapa bandar utama negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Digalakkan menangguhkan perjalanan tidak penting ke Perancis sehingga keadaan bertambah baik.
  • Daftar dan kemas kini maklumat perhubungan melalui e-Konsular untuk memudahkan komunikasi dan bantuan konsular.
  • Hubungi Kedutaan di Paris atau nombor kecemasan dan emel par.consular@kln.gov.my untuk bantuan segera.

Manakala mereka yang merancang perjalanan ke negara itu digalakkan menangguhkan urusan tidak penting sehingga keadaan bertambah baik walaupun tiada sekatan perjalanan dikenakan.

Kementerian Luar Negeri menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, setakat ini tiada laporan diterima mengenai rakyat Malaysia yang terlibat atau terjejas akibat situasi berkenaan.

“Kedutaan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat terkini serta menyelaras bantuan sewajarnya kepada rakyat Malaysia sekiranya diperlukan.

“Rakyat Malaysia yang menetap di Perancis juga diminta memastikan maklumat perhubungan terkini mereka dikemas kini dengan Kedutaan Besar Malaysia di Paris,” menurut kenyataan itu.

Mereka yang belum berdaftar digalakkan berbuat demikian menerusi platform e-Konsular Kementerian Luar Negeri di https://ekonsular.kln.gov.my bagi memudahkan komunikasi dan penyaluran bantuan sekiranya berlaku kecemasan.

Rakyat Malaysia yang merancang perjalanan ke Perancis turut digalakkan mendaftarkan butiran perjalanan menerusi e-Konsular serta mengikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh kedutaan dan pihak berkuasa Perancis.

Bagi mendapatkan bantuan konsular segera atau dalam situasi kecemasan, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Paris menerusi talian +33 1 45 53 11 85 atau talian kecemasan selepas waktu pejabat +33 6 32 44 65 71.

Pertanyaan juga boleh dikemukakan menerusi e-mel par.consular@kln.gov.my.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.