Serie A: Inter Milan kukuhkan cengkaman di persada liga

Foto AFP

ROME, 18 Oktober -Juara bertahan Serie A, Inter Milan mengukuhkan kedudukan di puncak liga dengan kelebihan tiga mata selepas bangkit untuk memenangi perlawanan 3-1 menentang Bologna.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inter sebelum ini dikritik selepas tewas 4-3 kepada Club Brugge dalam saingan Liga Juara-Juara.
  • Tommaso Pobega membuka jaringan untuk Bologna pada minit ke-10 dengan rembatan kencang.
  • Marcus Thuram menyamakan kedudukan pada minit ke-44 menerusi tandukan.
  • Venezia raih tiga mata pertama di bawah pengurus baharu Davide Nicola selepas Akor Adams menjaringkan gol kemenangan menentang Napoli.

Inter sebelum ini dikritik selepas tewas tipis 4-3 menenentang Club Brugge pasa saingan Liga Juara-Juara Eropah minggu lepas kembali mempamerkan aksi juang tinggi selepas ketinggalan 0-1 menerusi rembatan kencang oleh Tommaso Pobega pada minit ke-10.

Inter kemudiannya menyamakan kedudukan pada penghujung separuh masa pertama menerusi tandukan Marcus Thuram pada minit ke-44.

Bersambung babak kedua Inter Milan menggandakan jaringan menerusi Carlos Augusto pada minit ke-66.

Pemain gantian, Ange-Yoan Bonny menutup malam kebangkitan Inter Milan dengan gol ketiga perlawanan pada mit ke-83.

Sementara itu, Napoli terus bergelut apabila tewas 0-1 kepada Venezia, sekali gus mencatat kekalahan kelima dalam semua pertandingan dan kekal di tangga kesembilan liga.

Venezia yang berada di kedudukan tercorot berjaya meraih tiga mata pertama musim ini pada penampilan sulung ketua jurulatih baharu, Davide Nicola, yang dilantik bagi menggantikan Giovanni Stroppa selepas pasukan itu gagal mengutip sebarang mata dalam enam perlawanan sebelum ini.

Akor Adams muncul wira Venezia apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-49 menerusi rembatan yang terkena pemain lawan sebelum menerjah gawang Napoli. – AFP.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.