Rusia didakwa lancar serangan di tiga bandar Ukraine

Foto AFP

UKRAINE, 14 Oktober – Rusia didakwa melancarkan serangan di tiga bandar di Ukraine pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan di Lutsk menyasarkan gudang borong barangan runcit, mengakibatkan sekurang-kurangnya enam maut.
  • Di wilayah Khmelnytskyi serangan mengenai kawasan perindustrian dan stesen minyak, menimbulkan kebakaran pada dua rumah persendirian.
  • Serangan peluru balistik ke Kyiv membakar sebuah bangunan tinggi, tiga nyawa terkorban dan pasukan penyelamat menyelamatkan mangsa yang terselamat.

Serangan pertama menyasarkan sebuah gudang borong barangan runcit di bandar Lutsk, barat Ukraine yang menyaksikan sekurang-kurangnya enam orang maut.

Manakala, serangan kedua menyasarkan di kawasan perindustrian dan sebuah stesen minyak di wilayah Khmelnytskyi, yang mencetuskan kebakaran di dua buah rumah persendirian.

Dalam serangan di ibu negara, Kiev, sebuah bangunan tinggi terbakar akibat serangan peluru balistik berpandu Rusia yang mengorbankan tiga nyawa.

Pasukan penyelamat bergegas menyelamatkan baki mangsa yang terselamat dalam serangan terbabit.

Serangan peluru berpandu balistik itu terus menyerang bandar Kiev untuk dua malam berturut-turut.

Bagaimanapun, siren sebelum serangan udara tidak sempat dibunyikan bagi memberi amaran kepada penduduk supaya berlindung di ruang bawah tanah, tempat perlindungan bom atau stesen metro.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.